Malay

YouTube Super Chat dan Super Stickers Kini di Malaysia, Menawarkan Lebih Banyak Saluran untuk Para Peminat Menyokong Para Pencipta Kandungan

Bermula dengan program YouTube Partner sepanjang tiga belas tahun yang lalu, kami telah melancarkan pelbagai cara para pencipta boleh menjana pendapatan selain iklan - Super Chat dan Super Stickers adalah dua ciri terbaru kami untuk melakukannya yang kini boleh didapati di Malaysia.

 
YouTube Super Chat dan Super Stickers Kini di Malaysia, Menawarkan Lebih Banyak Saluran untuk Para Peminat Menyokong Para Pencipta Kandungan
Photo by Azamat E on Unsplash

Kami sentiasa berusaha untuk membantu para pencipta kandungan berkongsi kisah mereka, memperdalamkan hubungan mereka bersama para penonton mereka dan mengubah minat mereka menjadi sebuah perniagaan. Bermula dengan program YouTube Partner sepanjang tiga belas tahun yang lalu, kami telah melancarkan pelbagai cara para pencipta boleh menjana pendapatan selain iklan - Super Chat dan Super Stickers adalah dua ciri terbaru kami untuk melakukannya yang kini boleh didapati di Malaysia.

Apakah itu Super Chat dan Super Stickers? 

Super Chat merupakan komen yang disematkan dan diketengahkan dalam ruangan sembang siaran langsung anda dan sesiapa yang menonton siaran langsung tersbut boleh membeli sebuah ‘super chat’. Bergantung kepada nilai ‘super chat’ tersebut, warna dan tempoh masa ia akan disematkan akan berubah - ia boleh disematkan sehingga 5 jam, memberikan lebih banyak masa untuk mengetengahkan mesej-mesej para penonton.

Bagi para pencipta kandungan, ini bermakna Super Chat melakukan tugas berganda: menjadikan perbualan dan hubungan bersama peminat (super) lebih bermakna dan meriah, sambil memberikan para pencipta cara baru untuk menjana pendapatan.

 

Sama seperti Super Chat, penonton juga boleh membeli Super Stickers semasa siaran langsung atau tayangan perdana. Super Stickers adalah imej digital atau beranimasi yang membolehkan penonton menyambut, mengucapkan tahniah, menyatakan sokongan, atau menyerlahkan emosi sebagai tindak balas terhadap apa yang sedang berlaku ketika siaran.

Sama seperti Super Chats, Super Stickers akan muncul di ruangan sembang dan kekal tersemat di bahagian ruangan tersebut untuk tempoh masa tertentu.

Sejak awal bulan Mac 2020, di seluruh Asia Pasifik, lebih dua juta penonton telah membeli Super Chat pertama mereka, Super Sticker, atau keahlian di YouTube. Kami telah melihat lebih banyak saluran daripada sebelumnya menjana pendapatan menerusi Super Chat, Super Sticker, keahlian saluran dan produk - malah, kami telah melihat peningkatan sebanyak 40% sejak Januari 2021 di kalangan saluran yang menjana majoriti pendapatan mereka dari ciri-ciri tersebut, termasuk produk.

Kami berasa sangat teruja untuk melihat bagaimana ciri-ciri baru ini akan dapat menyokong para pencipta kandungan di Malaysia.