fbpx
Connect with us

Subscribe

Google

Ikuti Arah Baharu Dengan Live View Di Google Maps

Ia sebenarnya dilancarkan pada tahun lalu

Live View di Google Maps membantu anda menjejak hala tuju anda agar anda dapat mencari arah. Dengan pelbagai cara baru untuk menggunakan Live View, kami kini memudahkan anda untuk mengorientasikan diri di dunia sebenar sama ada ketika anda sedang bersiar-siaran, bergerak dari sesebuah stesen pengangkutan awam atau bertemu dengan rakan-rakan.

Kami telah melancarkan Live View pada tahun lepas, dan sejak dari itu, ia telah membantu orang ramai untuk mencari arah dengan lebih efisyen – terutamanya ketika pandemik, apabila keperluan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain menggunakan laluan yang paling tepat adalah penting. Dengan adanya realiti bertambah (RB), anda dapat melihat anak panah, arahan, dan tanda jarak dipaparkan terus di atas dunia sebenar agar anda tidak meluangkan terlalu banyak masa untuk memilih jalan yang betul.

Gunakan mercu tanda untuk mengorientasikan diri dengan Live View

Apabila anda memilih atau mencari sesuatu tempat di Google Maps, anda sudah boleh mengetik pada butang Live View untuk menggambarkan destinasi anda dalam dunia sebenar. Tidak lama lagi, anda turut boleh melihat mercu tanda berdekatan agar anda dapat mengorientasikan diri anda dengan pantas dan mudah untuk memahami persekitaran anda. Live View akan menunjukkan jarak mercu tanda berdekatan anda dan arah untuk anda ke sana. Mercu tanda boleh terdiri daripada tempat-tempat ikonik, seperti Empire State Building di New York atau Pantheon di Rom, dan juga tempat-tempat yang mudah untuk dikenal pasti, seperti taman-taman dan tarikan pelancong.

Lihat mercu tanda menggunakan Live View untuk memahami persekitaran anda dengan lebih baik.

Dapatkan Live View di lebih banyak tempat

Anda kini boleh mengakses Live View terus dari tab transit di Google Maps. Pada 2018, kami telah melancarkan navigasi pelbagai mod – sebuah cara untuk mendapatkan arahan bagi sesuatu perjalanan yang terdiri dari pelbagai jenis pengangkutan, termasuk perjalanan kaki, memandu, menunggang basikal dan transit. Kini, jika anda menggunakan arahan transit dan juga perjalanan kaki, anda boleh menggunakan Live View untuk mencari arah anda. Ini sememangnya berguna apabila tiba di sesebuah stesen dan tidak tahu arah mana untuk diikuti. 

Gunakan Live View terus dari navigasi transit.

Live View dalam Perkongsian Lokasi – akan datang ke Android dan iOS

Jika anda bertemu dengan rakan-rakan untuk pertemuan berpandukan penjarakan sosial, ia mungkin sukar untuk mengenal pasti secara tepat di mana mereka berada. Pada bulan lepas, kami melancarkan Live View dalam Perkongsian Lokasi bagi pengguna Pixel, dan tidak lama lagi, kami akan menawarkan ciri tersebut buat pengguna Android dan iOS di seluruh dunia. Apabila rakan anda telah memilih untuk berkongsi lokasi mereka bersama anda, anda dengan mudahnya boleh mengetik pada ikon mereka dan kemudian menggunakan Live View untuk melihat di mana mereka berada – menggunakan anak panah dan arahan untuk membantu anda mencari arah. 

Live View dalam Perkongsian Lokasi akan ditawarkan buat semua pengguna Android dan iOS di seluruh dunia pada telefon yang menyokong ARCore dan ARKit.

Pin dengan lebih tepat

Untuk menghidupkan ciri-ciri tersebut, kami telah melakukan penambahbaikan kepada penyetempatan global, teknologi asas yang menguasakan kesemua ciri-ciri Live View di Google Maps. Dengan bantuan pembelajaran mesin dan pemahaman kami tentang topografi dunia, kami dapat mengambil kira ketinggian sesuatu tempat agar kami dapat memaparkan lokasi destinasi yang telah dipin dengan lebih tepat dalam Live View. Dibawah, anda dapat melihat bagaimana Lombard Street – sebuah jalan curam dan berliku di San Francisco – dipaparkan jauh di belakang. Kini, anda dapat melihat bahawa Lombard Street jauh lebih dekat dan pin tersebut diletakkan di permulaan jalan di bahagian bawah bukit.

Penambahbaikan kepada penyetempatan global kini menunjukkan kedudukan pin yang lebih tepat.

Tidak kira ke mana hala tujuan anda, Live View dapat membantu untuk pergi ke sana sebaik mungkin. Anda akan mula melihat Live View dalam tab transit dan Perkongsian Lokasi di Android dan iOS dalam minggu-minggu akan datang, bersama dengan pin yang lebih tepat. Mercu tanda akan mula ditawarkan dalam masa terdekat bagi Android dan iOS di hampir 25 bandaraya di seluruh dunia, dengan lebih banyak lokasi akan datang.

*Amsterdam, Bangkok, Barcelona, Berlin, Budapest, Dubai, Florence, Istanbul, Kuala Lumpur, Kyoto, London, Los Angeles, Madrid, Milan, Munich, New York, Osaka, Paris, Prague, Rom, San Francisco, Sydney, Tokyo, Vienna

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Our mission is to organise the world's information and make it universally accessible and useful. Have questions? Search for answers at Google today.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google I/O 2021: Being Helpful In Moments That Matter

Google

Iklan-Iklan Ramadan-Raya Paling Popular Di YouTube Malaysia Bagi 2021

Google

Mantap Bersama Dilancarkan Untuk Membantu Perniagaan Kecil Di Malaysia

Google

Google Melancarkan ‘Timelapse’ Di Google Earth

Google

Connect
Sign Up For Our Newsletter