fbpx
Connect with us

Subscribe

Google

Membantu Para Peruncit & Pembeli Di Asia Pasifik

Kami kini menumpukan usaha untuk menyokong mereka dalam apa jua cara sekalipun

Para peruncit telah memainkan peranan penting dalam tindak balas Asia Pasifik kepada pandemik COVID-19, mengatasi persekitaran ekonomi yang sukar sambil berkhidmat kepada para pelanggan dan komuniti, menawarkan produk dan perkhidmatan penting, dan menampung mata pencarian. 

Dengan meningkatnya jumlah perniagaan di rantau ini yang beralih kepada e-dagang, kami telah menumpukan usaha untuk menyokong mereka dalam apa jua cara sekalipun – termasuk membantu para peruncit menyenaraikan produk-produk mereka di atas talian secara percuma. Kami telah berbuat sedemikian di India dan Indonesia sejak 2019, dan kini kami memanjangkan sokongan yang sama di rantau ini dengan lebih meluas: menjadikannya percuma untuk para peniaga di Asia Pasifik menyenarai produk-produk mereka di tab Google Shopping.

Bagi para peruncit, perubahan ini bermakna mereka akan menerima pendedahan percuma kepada jutaan orang yang menggunakan Google setiap hari untuk keperluan pembelian mereka, tidak kira jika mereka beriklan di Google atau tidak. Bagi para pembeli, ini bermakna lebih banyak produk dari lebih banyak kedai yang dapat dijumpai menerusi tab Google Shopping. Bagi para pengiklan, ini bermakna kempen-kempen berbayar kini dapat ditingkatkan dengan penyenaraian percuma.

Kami telah membuat perubahan tersebut pada awal tahun ini di Amerika Syarikat, dan para peruncit yang menggunakan penyenaraian percuma dan juga iklan menerima secara purata pandangan sebanyak dua kali ganda dan 50 peratus lebih banyak kunjungan. Perusahaan kecil dan sederhana meraih peningkatan yang terbesar. 

Suasana perniagaan Asia yang berubah

Ini merupakan masa di mana perubahan besar sedang berlaku dalam cara pembelian dan penjualan dilakukan merentasi Asia Pasifik. Walaupun sebelum kemunculan pandemik, e-dagang telah berkembang dengan pesat – di Asia Tenggara, contohnya, ekonomi internet serantau telah mencapai $100 bilion pada 2019, dan dijangka akan mencapai $300 bilion menjelang 2025. 

COVID-19 telah mempercepatkan perkembangan tersebut. Berdasarkan analisis Google, 53 peratus dari para pembeli atas talian di Asia Pasifik memilih untuk membeli secara atas talian dengan lebih kerap selepas pandemik, manakala hampir 40 peratus yang bukan pembeli atas talian sebelum ini kini ingin terus melakukan pembelian secara atas talian. Satu dari tiga pula telah membeli jenama yang mereka tidak pernah gunakan.

Bagi membantu para peruncit menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut, kami menawarkan latihan kemahiran menerusi Grow with Google dan berkongsi kajian dan cerapan untuk membantu mereka membuat keputusan perniagaan. Kami telah turut melancarkan sebuah playbook dan siri webinar berkaitan cara-cara mengurus kedai digital dengan lebih baik. Dan kami juga sedang bekerjasama dengan ramai rakan-rakan kami untuk membantu para peniaga mengurus produk dan inventori mereka. Ini termasuklah rakan-rakan global seperti Shopify, dan juga rakan-rakan serantau, termasuk Haravan di Vietnam, Shopline di Taiwan dan Hong Kong, dan LnwShop di Thailand. 

Dalam memacu rancangan kami bersama Google Shopping, kami berharap untuk terus membangun program-program tersebut, menawarkan sokongan tambahan dan kelegaan buat para peruncit Asia Pasifik di saat-saat ia paling diperlukan.

Apa yang seterusnya?

Pengguna Merchant Center dan iklan Shopping sedia ada tidak perlu membuat apa-apa untuk menggunakan penyenaraian percuma. Bagi pengguna baru Merchant Center, kami akan terus berusaha untuk menyelaraskan proses penyertaan dalam minggu-minggu dan bulan-bulan akan datang.

Kami berharap untuk terus bekerjasama dengan lebih rapat lagi bersama para peruncit di seluruh Asia Pasifik, membantu para pembeli mencari produk-produk yang diperlukan dengan lebih mudah, menyumbang kepada proses pemulihan dari COVID-19, dan bersiap sedia untuk perubahan jangka panjang dalam perdagangan serantau.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Our mission is to organise the world's information and make it universally accessible and useful. Have questions? Search for answers at Google today.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google I/O 2021: Being Helpful In Moments That Matter

Google

Iklan-Iklan Ramadan-Raya Paling Popular Di YouTube Malaysia Bagi 2021

Google

Mantap Bersama Dilancarkan Untuk Membantu Perniagaan Kecil Di Malaysia

Google

Google Melancarkan ‘Timelapse’ Di Google Earth

Google

Connect
Sign Up For Our Newsletter