fbpx
Connect with us

Subscribe

Malaysia

Peniaga Kecil, Pengusaha IKS Jangan Tertipu Sindiket

Berikutan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai kemudahan dan bantuan kewangan ditawarkan kerajaan serta ahli-ahli ADFIM

Photo by Shaqyl Shamsudheen on Unsplash

Kalangan peniaga kecil serta usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dinasihatkan lebih berhati-hati terhadap kegiatan sindiket penipuan online yang aktif berikutan pelbagai dana dan bantuan kewangan ditawarkan kerajaan serta pihak bank kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM) berkata,  sindiket itu antara lain menawarkan pinjaman mudah wang tunai menerusi panggilan telefon atau menggunakan pelbagai aplikasi dan media sosial seperti Facebook,  WhatsApp serta emel.

Setiausaha Agungnya, Ir Mohd Prasad Hanif berkata, pihaknya turut mengesan sindiket yang mendakwa dilantik menjadi wakil atau sebagai orang tengah bagi menguruskan permohonan pinjaman atau bantuan dana kerajaan ataupun daripada institusi kewangan termasuk yang bernaung di bawah ADFIM.

“Berikutan perkembangan wabak COVID-19 dan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai kemudahan dan bantuan kewangan ditawarkan kerajaan serta ahli-ahli ADFIM. Ini bagi memastikan peniaga kecil dan usahawan IKS yang terjejas supaya memanfaatkan dana itu untuk meneruskan operasi. Bagaimanapun, sindiket penipuan online mengambil kesempatan di sini untuk memperdayakan orang ramai.

“Oleh itu, mereka diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika berurusan berkenaan kewangan. ADFIM menasihatkan peniaga kecil dan usahawan IKS supaya berpegang kepada amalan 3T iaitu TAC (Transaction Authorisation Code) jangan dikongsi, tiada pihak ketiga dan telefon pihak institusi kewangan,” katanya.

Mohd Prasad menjelaskan, pihak bank tidak akan meminta maklumat perbankan peribadi pelanggan seperti nombor TAC dan PIN ataupun kata laluan bagi urusan perbankan dalam talian. Justeru, jika ada mana-mana individu yang menghubungi anda dan meminta apa-apa maklumat tersebut, maka itu adalah satu penipuan sindiket.

“Anda juga jangan terpedaya dengan mana-mana pihak atau individu yang mendakwa boleh membantu mendapatkan pinjaman atau menguruskan pinjaman. Apa yang perlu anda lakukan ialah mohon bantuan pembiayaan terus daripada bank atau institusi ahli ADFIM ataupun menerusi platform ImSME (www.imsme.com.my). Ingat, tiada pihak ketiga yang terlibat untuk membantu anda mengemukakan permohonan pinjaman dengan bank,” katanya.

Beliau berkata, ramai orang mudah terpedaya dengan penipuan online hanya semata-mata dengan satu panggilan telefon dari pihak sindiket yang menyamar pegawai penguatkuasa, pegawai bank dan lain-lain.

“Oleh itu, anda boleh abaikan sahaja jika menerima panggilan seperti itu. Anda juga boleh menghubungi nombor telefon bank yang tertera di laman web rasmi institusi kewangan atau ADFIM atau menghubungi BNMTELELINK di 1-300-88-5465 untuk maklumat lebih lanjut,” katanya.

Mohd Prasad menegaskan, semua institusi kewangan yang menjadi ahli ADFIM mengambil langkah sepenuhnya bagi membanteras kes-kes penipuan termasuk secara online. 

“Orang ramai juga diminta untuk sama-sama membantu dengan melaporkan taktik penipuan ini kepada pihak polis dan juga institusi kewangan tersebut,” katanya.

Hotline Ahli ADFIM Sempena Wabak COVID-19

NO.INSTITUTIONSINSTITUTION’SHOTLINE/CUSTOMER CARE
1Agrobank1300-88-2476
2Bank Rakyat1300-80-5454
3Bank Pembangunan Malaysia Berhad03-2611 3888.
4Bank Simpanan Nasional1300-88-1900
5SME Bank03-2603 7700
6Malaysian Industrial Development Finance (MIDF)1300-88-6433 atau GrowYourBusiness@midf.com.my
7Sabah Development Bank Berhad088-232177 atau info@sabahdevbank.com
8Sabah Credit Corporation088-323888 atau pps_scc@sabahcredit.com.my
9Development Bank of Sarawak Berhad082-551999 atau dbos@sarawak.gov.my
10Borneo Development Corporation (Sabah) Berhad088-238816 atau mail@bdcsabah.com.my
11Borneo Development Corporation (Sarawak) Berhad082-452 958 atauhttp://www.satriabdc.com.my
12Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)03-21726000 atau commsadmin@mtdc.com.my
13Majlis Amanah Rakyat03-2613 5086/03-2613 5087/03-2613 5082/03-2613 2243/03-2613 2247/03-2613 2000
14Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB)customerservice@punb.com.my
15Perbadanan Nasional Berhad (PNS)webmaster@pns.com.my
16Johor Corporation (JCORP)07–2192692 atau pdnjohor@jcorp.com.my
17Credit Guarantee Corporation (CGC)03-7880 0088 atau csc@cgc.com.my

Pelanggan-pelanggan ahli ADFIM dinasihatkan untuk menghubungi cawangan yang berhampiran untuk mengetahui dengan lebih lanjut sebarang kemudahan yang ditawarkan oleh organisasi tersebut.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Do you have an article, infographic, podcast, presentation slides, press release or a key individual from your organisation that you'd like to highlight on Marketing In Asia? Head on over to Upload Your Content for more info.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TikTok Introduces Lead Generation Ads To Enable Businesses To Drive Customer Acquisition With Ease

News

Accenture Interactive’s Droga5 Expands Global Footprint With Opening Of Office In Japan

News

Icertis Again Named A Leader In Gartner Magic Quadrant For Contract Life Cycle Management

PR Newswire

Carsome Partners With Aspirasi To Offer Data-Driven Dealer Financing Solutions

News

Connect
Sign Up For Our Newsletter